A. Hubungan
Iman dengan Ibadah
Yang dimaksud dengan hubungan iman dengan ibadah dan moral adalah sejauh mana keimanan dapat mempengaruhi ibadah dan etika/moral dan sebaliknya. Keimanan atau akidah adalah fondasi dari semua ajaran Islam, yaitu akidah, syariah, dan akhlak. Aqidah adalah fondasi, syariah implementasi dari aqidah, sedangkan akhlak adalah hasil akhir atau muara dari seluruh ajaran Islam. Seseorang yang telah beriman atau beraqidah harus mengimplementasikan keimananya dengan syariah yaitu beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan sesame manusia dan alam sekitar. Sedang hasil dari aqidah dan ibadah seseorang adalah akhlak yang mulia yang dijiwai dalam hatinya dan dilaksanakan dalam perbuatan akhlak mulia.
Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.
Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan yang mempunyai paduan yang erat dalam semua lapangan hidup dunia dan akhirat, tidak ada pemisahan antara kerja-kerja mencari kehidupan di muka bumi ini dan hubungannya dengan balasan akhirat. Islam mengajarkan kepada kita setiap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan sama ada pahala atau siksa. Inilah keindahan Islam yang disebut sebagai ad-Deen yang lengkap sebagai suatu sistem hidup yang boleh memberi kesejahteraan hidup penganutnya di dunia dan di akhirat.
Dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak bercanggah dengan syarak jika sekiranya ia memenuhi syarat-syaratnya, seperti dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia atau ingin mendapat pujian dan sanjungan dari manusia; maka amalan-amalan yang demikian akan mejadi ibadah yang diberi pahala di sisi Allah swt di akhirat kelak, insya’-Allah.
Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut
maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu orang
sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain, memenuhi
keperluannya, menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang
jahil adalah ibadah.
Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah iabadah.
Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah iabadah.
Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada sesama manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang, membaca al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari ibadah.
Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha’ dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang termasuk dalam bidang ibadah.
Kesimpulannya ruanglingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.
Asas ajaran Islam ialah iman dan ibadat kepada Tuhan Maha Esa iaitu Allah Taalah yang wajib disembah secara sukarela tidak dalam bentuk paksaan. la adalah menjadi lumrah sebagai nalud manusia iaitu menyerah diri yang mendorong mereka mencari Tuhan atau kuasa yang tertinggi. Jika naluri itu tidak dusi dengan atau disalur kepada menyembah Allah, maka ia boleh mendorong mereka menyembah selain dari Allah seperti dewa-dewa, matahari, bulan bintang, hantu dan syaitan dan sebagainya.
Beriman dan beribadat kepada Tuhan tidak
akan memberi faedah kepada manusia dan tidak dapat menyelamatkan mereka
melainkan melalui tiga tingkatan dasar, yaitu:
1. Iman yang bersih daripada sebarang syirik.
2. Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas.
3. Mematuhi hukuman Tuhan.
1. Iman yang bersih daripada sebarang syirik.
2. Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas.
3. Mematuhi hukuman Tuhan.
Ibadat hanya menjadi seperti riadah badan
sekiranya tidak lahir dari iman yang sejati. Iman sejati itu tidak diakui
sekiranya tidak ada kepatuhan kepada perintah dan hukumanNya. Memang jelas
Tuhan itu Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dialah yang menjadikan segala petala
langit dan bumi. Dialah juga memberi nikmat dan rezeki dari dahulu hingga
sekarang. Oleh itu tidaklah patut manusia itu berlaku syirik atau sekutu
kepadaNya kerana manusia juga sedar Tuhan Maha Kuasa itu tiada bandingan dengan
yang lain.
Dengan demikian iman dan ibadah adalah
mempunyai hubungan yang sangat erat sekali karena ibadah itu lahir dari
keimanan, sedangkan keimanan itu lahir adalah bukti kebesaran Tuhan di hadapan
manusia dan keimanan jugalah akan melahirkan kepasrahan, ketaatan, ketundukan
dan itulah ibadah. (Muklas Asy- Syarkani:2002:8-14)
B.
Hubungan
Iman dengan Etika/Moral
Etika berasal daripada perkataan
Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa
Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan mores bagi
konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi moral yang ditakrifkan sebagai
kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian
atau norma. Bagaimanapun terdapat sesetengah orang mengaitkan etika dan moral
dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau
tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai
tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau
apapun, peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga
bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat
tersebut (Abdul Rahman Md Aroff, 1999:10).
Etika
dalam islam adalah sebagai perangkat nilai yang tidak terhingga dan agung yang
bukan saja beriskan sikap, prilaku secara normative, yaitu dalam bentuk
hubungan manusia dengan tuhan (iman), melainkan wujud dari hubungan manusia
terhadap Tuhan, Manusia dan alam semesta dari sudut pangan historisitas. Etika
sebagai fitrah akan sangat tergantung pada pemahaman dan pengalaman
keberagamaan seseorang. Maka Islam menganjurkan kepada manusia untuk
menjungjung etika sebagai fitrah dengan menghadirkan kedamaian, kejujuran, dan
keadilan. Etika dalam islam akan melahirkan konsep ihsan, yaitu cara pandang
dan perilaku manusia dalam hubungan social hanya dan untuk mengabdi pada Tuhan,
buka ada pamrih di dalamnya. Di sinilah peran orang tua dalam memberikan muatan
moral kepada anak agar mampu memahami hidup dan menyikapinya dengan bijak dan
damai sbagaimana Islam lahir ke bumi membawa kedamaian untuk semesta (rahmatan
lilalamain).
Bagi Gazalba (1983:89) etika
ialah teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik atau buruk sejauh
yang dapat ditentukan oleh akal. Nilai-nilai yang dipandang baik oleh etika
itulah disebut moral yang baik, manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh
etika, ia disebut moral yang buruk atau tidak bermoral. Ini membawa maksud
bahawa etika dan moral merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan
berhubungan antara satu sama lain. Justeru, terdapat para pengkaji etika yang
samaertikan antara moral dengan etika. Mohd Nasir Omar (1986:18) memetik
kata-kata Peter Baelz, antara lain menulis: "Moral dan etika selalunya
mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat
dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya
membezakannya".
Jika kedua-dua perkataan itu
digabungkan, maka moral dapat diertikan sebagai satu disiplin yang menjelaskan
kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia
tertentu; manakala etika pula mengkaji, menganalisa dan mengkritik sistem moral
tersebut. - Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula
bersifat praktikal. Etika adalah penyelidik atau pengkaji, manakala moral
merupakan bahan yang diselidik atau dikaji oleh etika (Mohd Nasir Omar,
1986:19-20).
Disebabkan etika merupakan
teori-teori yang dihasilkan oleh pemikiran manusia, kita dapati telah muncul
pelbagai mazhab dengan teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahaman
masing-masing. Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial,
etika keperibadian mulia, utilitarianisme, egoisme, prinsip kewajipan,
eksistensialisma, naturalisme, hendoisme, idealisme, teologi dan sebagainya
(Abdul
Rahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud, 1996:17-25).
Rahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud, 1996:17-25).
Akhlak dalam Islam bukanlah
teori, kerana itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh
Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku
(perbuatan) manusia terhadap Allah s.w.t. dan terhadap diri sendiri dan makhluk
lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis.
Nilai yang baik disebirt akhiak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak
mazmumah. Bagi Gazalba (1983: 89), moral dalam Islam ditentukan oleh akhlak.
Untuk membentuk pribadi yang bermoral harus
dibentengi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, yang dimulai dari
lingkungan keluarga dan dilakukan sedini mungkin sesuai dengan tingkat
perkembangan kemampuan anak. Kepribadian dalam Islam adalah ketqwaan, maka
setiap proses pembentukan kepribadian menuju taqwa kepada Allah. Taqwa yang
dimaksud meliputi keimanan kepada Allah, ibadah kepada Allah, dan hubungan
sesama manusia dan lingkungannya, termasuk kemasyarakat dan kenegaraan.
Oleh sebab itu upaya membentuk kepribadian manusia
dengan memantapkan, menguatkan dan mengokohkan akidah dalam diri manusia.
Dengan akidah yang kuat, pikiran manusia menjadi tenang, emosinya stabil dan
jiwanya tentram, sehingga kepribadiannya juga mantap. Baginya yang penting
adalah perhatian, kasih saying dan kepedulian dari Allah SWT, yang diwujudkan
dalam perbuatan-perbuatan positif.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar